Isnin, 15 Disember 2008

Naik Salah Turun Pun Salah

Pada zaman dulu di negara Arab, ramai orang menunggang keldai sebagai kenderaan. Seorang bapa membawa anaknya ke satu tempat dengan membawa seekor keldai. Kedua-dua mereka menaiki kaldai itu dan lalu di sebuah pekan. Keadaan ini menarik perhatian orang ramai. Ada di antara mereka berkata "Ini kes aniaya. Keldai tu dah ler kecil. Dua-dua orang pulak naik. Kan tu menyeksa binatang.. Tak ada peri kemanusiaan langsung".


Si bapa yang mendengar komen mereka Lantas turun dan membiarkan anaknya sendirian di atas keldai itu manakala Si bapa meneruskan perjalanan sambil berjalan kaki. Dalam perjalanan mereka telah melalui sekumpulan orangramai. Sekali lagi ada yang komen, "Kurang ajar punya anak. Dia sedap-sedap naik keldai. Bapanya dibiarkan berjalan kaki."

Si anak yang mendengar komen mereka terus turun dan menyuruh bapanya pula menunggang keldai. Si anak berjalan kaki mengiringi bapanya di atas keldai itu. Mereka meneruskan perjalanan dan melalui sekumpulan orang lagi. Sekali lagi mereka mendengar rungutan "Bapa tak ada otak, dia sedap naik keldai, anaknya dibiarkan berpeluh berjalan."

Mendengar komen itu, si bapa pun turun dan berjalan bersama-sama anak. Kaldai itu dibiarkan berjalan sendirian. Mereka pun melalui sekumpulan orang lagi. Masih ada yang komen "Apalah bodohnya orang tua ni. Ada kaldai tapi tak mau naik. Kalau macam ni, lebih baik tak payah bawa keldai!"

Mendengar kata-kata ini, si bapa pun memberitahu anaknya. "Beginilah keadaan masyarakat. Mereka hanya pandai komen. Pandai melihat kesalahan orang. Ada saja yang tak betul. Kalau kita ikut saja kata-kata mereka rosak kita. Kita tidak boleh terima pandangan mereka secara melulu. Kita kena fikirkan kesemuanya dan kita buat apa yang baik pada kita. Jangan pedulikan komen mereka.."


Teladannya :
-Kebanyakan orang memang suka mencari kesalahan orang
-Pendapat dan komen mereka tidak boleh diikut melulu kecuali memang ada asas dan kebenaran.
-Pertimbangan mesti berdasarkan keadaan dan senario yang kita hadapi.
Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan

Tiada ulasan: